Ni pic i after 5.00 pm... And i have something to review actually. Tapi nanti la i update dalam next post 😀 ... Nak tengok dewi yusra dulu ... Makin sedap pulak cerita ni...
Disclaimer : I write to express not to impress and those who accidentally enjoy my writing is just a blessing for me.Thanks for reading
First Attempt
I baru install blogger apps kat iphone. After this bole direct update. Biasalah. I rasa gian nak menaip tu dah datang .
Selfie #arifarajourney
Always happened. Typical ladies yang bila tunggu makanan, selfie is a must . Tapi si 'Arif ni part dengki tetap WIN !
A Walk to Remember #arifarajourney (Part II)
Dating is the phase when you test the water
Engagement is the phase when you decide it is worth drowning into
-27 December 2014 -
Fasa bertunang ni sebenarnya seronok and happy tapi dalam seronok tu mesti ada jugak tak best. Kami decide untuk bertunang selama setahun. Ni yang officially both of our parent discuss and dimeterai masa majlis merisik and bertunang.Setahun ikat hidup, means kalau setahun tu dah habis and 'Arif dengan I masih jugak tak kahwin, I still tunangan dia sebab masa bincang dah setuju ikat hidup. Ouh, jangan tanya I kenapa macam tu. Orang dulu-dulu banyak sangat adat and petua nenek moyang diorang. As gen-y yang malas nak berbalah, I dengan 'Arif layankan je. Tapi biasalah budak-budak sekarang, suka buat keputusan sendiri. Bincang and berjanji setahun tu sebenarnya macam cakap mulut je bagi pihak orang tua . Before tunang actually I dengan 'Arif ada perancangan sendiri. Kami decide nak nikah on 5 Jun 2015 and sanding on 7 June 2015. Kenapa Jun?? Sebab Jun cuti sekolah, so senang adik-beradik nak berkumpul time majlis -___- .Awal-awal lagi I tolong considerkan untuk semua. Luckily, baik pihak keluarga dan pihak bakal mertua tak ada halangan untuk perancangan ni .
Cincin merisik and Cincin bertunang
Dua bentuk cincin ni memang I yang pilih. 'Arif tak kisah I nak pilih mahal ke murah ke tapi dengan syarat tak bole ada batu bata bagai dengan alasan emas 916 a bit lembut, so bila ikat batu diamond tu die tak kuat & batu senang tanggal. Thats why orang amik emas 750 tapi I taknak emas 750. Nasib baik I jenis tak kisah ade diamond ke x, janji cincin tu emas 916. Padahal dalam hati nak cincin macam Rosmah pakai . Masa I beli ni dekat Habib ada sale. Baru-baru ni pergi beli emas after GST memang menangis tengok harga. I request gelang tangan as mas kahwin , I tengok 'Arif dan telan ailioo masa nak bayar. Haha, sorry ye awak .
-From Johore to Penang with Love-
I masa ni tahan berdekah nak kena pose tatap mata macam ni , teheee
So far, Alhamdullilah. Apa yang both of us plan tak lama lagi akan jadi kenyataan. Lagi 9 hari nak bergelar isteri. Feeling macam tak percaya and sometimes I cakap dengan 'Arif I macam tak ready. Syaitan sekarang tengah usaha hasut macam-macam. I akan cuba bagi yang terbaik tapi manusia tak semuanya perfect. I akan belajar dari kesilapan and tak akan cepat melatah. Tu janji I . Doakan yang terbaik untuk kami . Amin
A Walk to Remember #arifarajourney
Omaigad. Accabelieve it. Im getting married !
After so much drama , 5 June 2015 akan jadi saksi untuk kisah cinta kami ( geli nak menaip). Kalau throwback, siap boleh jadikan novel tau. Semput tau sampai rasa macam kena mintak nafas time sentap menyentap. Biasalah, I kan spesies wanita kuat sentap, si 'Arif ni pulak berangin sikit + malas nak layan, kalau nak merajuk pergi sana jauh-jauh, dah oke baru datang berbaik. So memang belajar pujuk diri sendiri. Makan hati jangan cakap la. Tapi yang makan hati ni la sayang sangat-sangat.
From Friends --> Teman Tapi Mesra --> Tunang --> Bakal Isteri
Honestly dari hati, fasa girlfriend boyfriend tak wujud dalam relationship kami sebab masing-masing main tarik tali. Masing-masing tak tau apa yang diri sendiri nak tapi yang positifnya bila jadi macam ni, both of us keep trying to give the best. Dekat sini isu quality hubungan tu yang main peranan. Tipu la kalau dalam hati tak ada perasaan suka. Mestilah ada. Kalau tak kenapa both of us still attached together. Nampak tak kat situ.
Masa fasa kawan,kami dari sekelas yang sama masa zaman universiti, rasanya time ni pandang muka pon tak boleh. Sebab arif ni spesies gud gud. I totally tak suke part ni. But yang pelik bin ajaibnya, tiap kali grouping untuk projek subject , mesti nama kami akan dalam 1 group yang sama. Nama-nama ni randomly lecturer yang select. Most of the time memang bertekak sebab I spesies malas nak bagi commitment dalam group. Kadang-kadang tak attend pon meeting.dasar malas. Zaman universiti I memang I tak tau apa I kejar and ape i buat. Luckily bila masuk zaman kerja, Alhamdullilah, I perform habis-habisan. Sebab zaman kerja, everything is money. Jangan cakap duit tak menjamin kebahagian. Itu tipu. tambahan lagi now ni GST. Ok, I dah start melalut.
Zaman Universiti
p/s :Baru perasan kebetulan sama dengan date i bertunang - 27.12.2014
Back to the story, bila sebenarnya kami start rapat? Actually benda ni spontaneous. Seriously, ia wujud. Rasa tu ada, tapi bila berpijak pada realiti hidup, rasa tu tak boleh dizahirkan. So I conclude masa ni macam rasa-rasa monyet. Hahaha. Fasa teman tapi mesra I gambarkan kami dalam fasa mengenali. Kami ambik masa yang agak lama untuk mengenali each other sebab masa kawan pon, bukannya rapat sangat. So platform teman tapi mesra la yang buatkan I makin suka 'Arif. I kenal perangai dia. I kenal family dia. I tengok layanan dia pada I. Tipu la kalau I cakap I tak compare dia dengan ex - ex I sebelum ni, but dengan 'Arif, I feel safe. Memang tu yang perempuan nak dalam hidup. Die protect I and bimbing I kearah yang lebih baik. Sapa-sapa yang follow I dalam blog ni mesti kenal I sebelum ni. Tapi yang tak kenal, sorry , entry lama semua dah kena delete -__- . Tu yang menguatkan rasa yang selama ni yang masing-masing cuba nak nafikan. Tipulah kalau I cakap perjalanan kami smooth. Tak ada yang smooth dalam hidup.Tak ada oke. Mimpilah kalau nak semua cantik. Berbaldi I rasa air mata keluar, asal gaduh je ringan je air mata nak keluar. Cengeng .
24 years old - Career Woman - Have a perfect family - what is next ?
A Perfect Husband !
24 tahun. Masa ni I dah start serious dalam hidup. Buat pape pon I pikir banyak kali. Sampai bila nak main-main macam dulu. I rasa maybe otak I dah boleh berfungsi dengan waras. We had a serious talk.As a woman, I malas nak beriya, dah macam start jual mahal. Typical ladies dah ada kerjaya. Bincang punya bincang, dah both of us suka sama suka, we finally decide nak bertunang. Im happy sebab apa yang i rasa, dia pon rasa .
nanti la sambung part 2
daaa
Counting Days
Its been a while since the last days i gigih update blog. Harini tetiba terasa nak blogwalking. Ramai blogger yang i follow dulu ada yang dah kahwin and ade anak. Rase macam betul-betul bersawang gila i dengan dunia blog. Dulu masa zaman uni, bangun pagi buka blog, sambil makan pon sempat lagi berblogwalking. Cepat betul masa berlalu.
Now i dah start a new phase. Fasa student dah berlalu. So far so good. Ingatkan study je dekat johor but jodoh dengan Johor macam panjang pulak. Now I dah start kerja dekat JB and I think my job now really suit me. Menghadap PC all the time from 8am-5.30pm. Hamik kau. So after this lunch break je I nak stay depan PC je habiskan masa berblogwalking. Untungnya my job now is kitorang ade 3 kali tea break. So pukul 10.00 am memang I dah brunch. Jimat.
I ada benda nak post but i think i will wait for the next post je la.So here you go. I blanja gambar 1.
WE ARE GOING TO ENGAGED ! YEAY
so please stay tuned for the next post oke. hikss.. bye guys
Jom Kurus Dengan Eat Clean
Guess what peeps? I tengah gigih berzumba now ni. Ni semua sebab I rasa I makin gemuk. Padahal naik penimbang still dalam range 48-50 kg which is bagi I still normal la. tapi pipi I ni haa, makin gemok kenapa pulak dah. I ni dah la jenis stress tak bole orang tegur. I pantang dengar ayat tembam, gemuk, berisi, comel (ouh, comel ada 2 maksud, either i betol-betol comel or memang nak kata i gemuk sebab orang berisi kan comel) . I memang tak boleh and jangan cakap sebab korang boleh bagi i stress berganda-ganda tau.
Now i tengah angkat bendera jepun and luckily I memang tak bernafsu sangat nak makan, I asyik repeat makan buah and minum air je. Nasik i sangat-sangat lah tak boleh nak telan. Eat clean sangat ni. I seboleh-bolehnya nak kurus dengan cara yang sihat. Tak nak la kurus tapi tak bermaya. Nanti bakal suami tengok pon macam errrr, ni zombi ke manusia so I kena makan jugak. I nak kurus yang solid.
First off all, eat clean ialah stop makan gula , processed food and also deep fried food and then tinggal ape je boleh makan? -___-
So, what to do is I plan my menu untuk I follow and semua ni I refer page kesihatan. Kata nak eat clean kan so kena la gigih menuntut ilmu and search seberapa banyak info. I pilih menu yang bersesuaian dengan orang bujang and bizi macam i. Kalau boleh, i nak yang simple je
Untuk semua menu ni, I akan minum segelas plain water. Sebab i nak dapatkan effect kenyang tu dengan cepat.
1st Meal (Breakfast)
Antara semua jenis breakfast, I choose 1 bowl of cereal. I prefer breakfast dengan coco crunch and skimmed milk sebab senang, tinggal tuang je. hewhewhew
2nd Meal (10 am)
I choose for an Apple. Green apple lagi bagus orang cakap untuk diet
3rd Meal (Lunch)
I makan 3 sudu nasi with ayam yang direbus and steam vege. Okelah, jujur I tak makan green vege, tapi I makan sayur bendi, so I steam bendi je -___-
4rd Meal (3 pm)
I choose for an oatmeal or nestum =)
5th Meal ( 6pm)
3 sudu nasi and steam fished with steam vege. bendi lagi -____- ... ouh lupa plak, i makan brokoli jugak, so brokoli pon oke jugak . hehehe
6th Meal (8 pm)
A glass of skimmed milk with muesli bar. kalau lapar makan buah jugak. ouh i suka muesli bar brand yogood sebab sangat sedap. I selalu beli dekat jusco perda je.
I baru berjaya follow 2 hari and please please please. Wish me luck. I memang tengah semangat sangat ni. Bnyak yang I baca seelok-eloknye brown rice, tapi i tak makan. So I guna rice yang biasa, but I makan dalam portion yang sikit. I tekak melayu so kena makan nasik jugak.
ouh, I buat cheat day jugak.hewhewhew.. byebye
Blogwalking Bersama Cikgu Ayu
First time nak join segment ni. Motif I join sebab nak tambah geng baru, so boleh la I blogwalking time I free nanti. Jemput follow jugak korang & I will follow you back =)











.jpg)