Random Wednesday

This is seriously going to get personal, you ready?
I guess.

The last time you felt honestly broken?

Sometime in April 2015. 

Are you craving something?

Buah jambu susu. 

If you could have one thing right now what would it be?

To be at home with my family. 

Would you rather have ten kids, or none?

10 kids of course.

What do you hear right now?

Someone is blabbering beside the cubicles 

Is your bed against more than one of your walls?

No. Just one.

What’s on your mind right now?

I am thinking of the complaint report. Nothing fun.

Are you there for your friends?

I try my best.

Last person to see you cry?

My hubsie. Menangis sebab rindukan family too much

What do you do when you get nervous?

Ramas jari i guess

Be honest, do you like people in general?

I do.

How old do you think you will be when you finally have kids?

26. Estimate in June 2016

Does anyone completely understand you?

I think my close friends do understand some bits of me. I can be very difficult when I want to. I don't blame anyone if they don't.

Do you have a reason to smile right now?

Nope. With the amount of workloads on my place, I have no reason to smile.  :(

Has anyone told you they don’t ever wanna lose you?


Would you be happier if life had a rewind button?

Perhaps. Who knows?

Do you tell your mum or dad everything?

Not really

Does it matter to you if your boyfriend or girlfriend smokes?

No. Jangan hembus asap kat muka I sudah.

Are you going to get hurt anytime soon by someone?


This time last year, can you remember who you liked?

Le hubsie. No doubt

Do you think more about the past, present, or future?

A little bit of everything. The past makes me smile, the present makes me feel blessed and the future kinda gets me excited.

How many hours of sleep do you get a night?

6-7 hours.

Are you easy to get along with?

I believe so. Tapi ramai cakap I macam sombong. Tak kenal maka tak cinta. Haha.

Do you hate the last girl you had a conversation with?

kak win? No, she's ok

What was the last drink that you put in your mouth?

Oppsss, my nescafe. I know this is not good for a baby

What size bed do you have?


Do you start the water before you get in the shower or when you get in?

Before I get in the shower. I will make sure that it's warm enough then only I step in, haha.

Do you like the rain?

hmmm, suka kot

Do you think someone is thinking about you right now?

maybe ada kottt

Have you ever done something you told yourself you wouldn’t do?

Yes. I will not elaborate on this.

Who were you last in the car with, besides family?

My colleagues.

What’s the last movie you saw in theaters and with who?

Polis Evo with le hubs and fizi

Have you ever kissed someone who had a boyfriend/ girlfriend?

Hahahaha, soalan ape ni siott. Next

Have you ever been hurt by someone you never thought would hurt you?


Your parents are out of town. Would you throw a massive party?

No. Have never really been a party junkie.

Do you regret a past relationship?

Yes. Wasted about 8 years with a moron.

Do you tend to fall for the same type of person over and over?

You can say so.  -__-'

Have you made a joke about somebody that made them cry?


Do you care too much about your appearance?

Na'ahhhh. I rely on my natural beauty, thank you. Bahahaha.

Are you a jealous person?

I can be but only when it comes to my husband. Hehh. Tang lain I jenis tak kisah.

Have you bought any clothing items in the last week?

ada . Baju. Most of my baju dah start ketat

Do you miss anyone?

ya. my family

Last person who made you cry?

le hubsie. 

Does your ex piss you off?


What are you doing tomorrow?

standby for the holiday

Are you the type of person who has a new boyfriend/ girlfriend every week?


Is there anyone you want to come see you?


Have you ever been cheated on?


Ever given your all to someone who walked away?


Do you like cotton candy?

I love cotton candy

Who was the last person you had a serious conversation with?

My husband, last evening. Cakap pasal future

Do you have siblings?

I have 2 brothers and 1 sister.

Have you ever fallen asleep on someone?


Do you have a friend of the opposite sex you can talk to?

My colleague I think. He can be annoying at times, but very brotherly most of the time.

What’s on your mind right now?

soalan ape la aku tengah buat ni

What were you doing at midnight last night?

watch HBO. Tengok citer seram, tapi penakut, sudahnya pergi toilet berteman

What is your current mood?


Who was the first person you talked to today?

Le hubsie

Will this week be a good one?

I hope so.

Anything happen to you within the past month that made you really happy?

Yes, my pregnancy news. We gonna have a baby.

Who were you with last night?

with hubsie, watching finder's keepers

Did you talk to someone until you fell asleep last night?

yes, with hubsie

Next time you will kiss someone?

Yes, my mom. Im gonna kiss her this coming friday after two month x jumpe. Tak boleh sabar

Do you have any plans for the weekend?

I nak makan le strawberry puas-puas 


Waaa, I know this post macam a bit selekeh. Ya faham tapi hadap la , I tetap nak cerita dekat sini jugak.
Well, I ade 1 masalah dimana dari sebelum kahwin lagi I memang susah gila nak buang air besar. I dunno la maybe sebab tak makan sayur walaupun dari kecik memang dah diberitahu tentang kebaikkan sayur,ade vitamin tu, ada fiber la bla bla bla tetap jugak taknak sayur. Dulu masa zaman kanak-kanak, memang tak boleh lari dari abah, kena paksa makan walaupun dah bagi sejuta alasan like "kakak nak muntah abah, tak boleh pi dah ni " , well, tetap tak boleh lari. Makan tetap makan.

Since masuk zaman matrix and u, kan jauh dari family, aktiviti tak makan sayur tu makin berleluasa. Apa I nak makan, I makan. Ape yang I taknak, I buang padahal I tau tu baik untuk body I. Now , akibat daripada aktiviti tak makan sayur tu, I menanggung masalah seperti tajuk diatas. I perhatikan je roommate I every morning ke toilet, dalam hati lawas betul la mamat ni. I nak jumpe toilet untuk buang air besar 3 hari pon payah ya amat. 

Bila dah jadi masalah macam ni, I go to farmasi. Masalah I settle bila I makan dulcolax. Dia punya kesan memang pergi I cakap U. Makan malam , and then besok pagi semua isi dalam perot kosong. I think, this one macam julap jugak. Ahhh bestnye feeling tu , bhahahaha.

Problem settle, tapi tu dulu , sigh -___-

Sebelum ni, kalau I nak ambil, I tak kisah sangat sebab I belum preggy. But now nak ambil ni, macam pikir dua tiga kali jugak. Bole ke tak? Ada effect kat baby tak kalau I asyik perlukan ni untuk buat I selalu pergi toilet? Bila I bincang dengan roommate I, memang I dah dilarang ketat . No more dulcolax. Sekarang ni terpaksa la weyh makan sayur, benci macam mana skalipon, I hadap telan jugak. Demi baby. 

A few tips la I googling untuk solve I punya problem, and I memang follow sebab nak avoid sembelit. Bos I mesti pelik, ape la perempuan ni buat pergi toilet lama-lama. Rupa-rupanya tengah berperang dengan poop sendiri -_____- . bahahha so lets check it out.

1. Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari.

Me: I memang kurang minum air before. Just minum air manis je, air kosong kurang sikit. So i overcome this problem, I set alarm. setiap jam, minum air masak. I dah setkan level air yang I patut minum dekat tumbler i. This tips memang sangat membantu. Poop jadi lembut sikit . Aiyaaa

2. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari.

Me : Buah-buahan takde masalah, I memang suka. Sayur so far yang I boleh telan hanya kangkung sebab kangkung murah. Muahahahaha. Tak tak, gurau je.

3.Pada sesetengah kes, Kopi boleh membantu. Ramai orang menganggap kopi membantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan menyebabkan pergerakan usus.

Me : Mommy tak boleh ambil minuman berkafein. Not good for baby. So tips ni I tak boleh follow

4.Minum yogurt 

Me : Wajib 1 botol setiap malam. I  suka Yogurt Blueberry 

So far, bila umur makin meningkat, kesedaran nak jaga kesihatan tu makin ada. Mampuslah kalau mama baca, selekeh punya post harini 

Yes, I'm Pregnant =)

Holla guys.

Ya, faham. Entry kahwin takde pon, terus lincah ke entry pregnant.
Maaflah, insan bernama perempuan yang bizi ni memang ada masanya, malas nak update belog.
Well, nanti lain entry update once picture from official photographer dah dapat.
Lets continue guysss.

24th September (Cycle period-23, day past ovulation -10)

Well, I sebenarnya dah dapat rasakan I pregnant on my birthday 24 September lepas.Masa tu birthday I jatuh raya haji. Sebab I sakit pinggang yang macam kebas-kebas tu, and then ari-ari I macam keep berdenyut -denyut and pening kepala. Tapi I malas nak layankan sebab I suspect I makan banyak sangat lamb masa hari raya. Tapi I masih boleh bertahan and tak makan panadol. Masa ni I sangat cepat letih. Bayangkan pukul 9 dah tertido. Roomate keluar lepak dengan kawan time raya pon I wat dunno je sebab mengantuk sangat. Pergilah berjimba bang. Malas nak layan.

26th September (Cycle period-25, day past ovulation -12)

Actually masa kitorang keluar (day before), I dah standby beli UPT strip. Setiap bulan memang macam ni. I akan check time day past ovulation 12 (DPO) sebab ikut ape yang i study, we can detect HCG dalam urine seawal DPO 10. Tapi test always la negatif sebelum ni, yang asyik naik control line tu je. Lepas tu sedih sorang-sorang. Menci.

Pagi tu, before subuh I dah pee pee. Sebab orang cakap check pagi bagus, hormon HCG tak dilute lagi .
Gigih I diam-diam selinap masuk toilet taknak roomate dengar. Yela, belum tau lagi pregnant ke tak. Kang takde, buat malu je. So baik i buat eksperimen sorang-sorang. I gune UPT strip brand Dip and Tell. Beli kat 7E je- rm10 ++.  Lepas I drop my urine , I tengok Control line je naik , dalam hati dah macam whyyyyy negative , simptom dah rase kot. Frustnye la rase time ni, I letak je UPT tu dekat sink. I masuk baring kejap while waiting for subuh. Sambil-sambil tu  I check whatsapp tapi hati I asyik nafikan UPT result tu.

Masa nak solat subuh, I belek-belek je UPT tu, and then I nampak faint line dekat test line tapi tersangatlah samar. Gosok mata 44x time ni. Betul ke ade line n? Ke sebab dah kering tu pasal line tu muncul. Macam-macam teori ade dalam kepala hotak i time ni.

I kejut roomate I---- typical women menggelabah ibarat dihempap pokok

Me :B, I guess I'm pregnant la, cube tengok ni. Ade double line. Tapi macam samar-samar.

Hubby : Aah laa, Ade la...(zzzzzzzzz)

Roomate i tipu. Die tu rabun , lepas tu memang la tak nampak dengan spec x pakai. Main iyekan je sebab nak layan mengantuk die. Mamai tak habis-habis.
I masa ni dah start googling isu line samar-samar ni. Ade yang kata pregnant, ade yang kata chemical pregnancy. I macam why la, semua jawapan tak meyakinkan langsung. Macam nk jerit je "aku pregnant ke tak ni?" . I sedapkan hati, maybe too early to check since tu baru DPO ke 12. HCG hormon terlalu sikit untuk UPT strip to detect. Biasalah perempuan. Memang suka sedapkan hati sendiri. Keyakinan tu penting.

By that morning, I terus beli another UPT strip, bukan 1, bukan 2, tapi 20 UPT just to confirmed it. Yang jenis cassette ade, digital ade. This is my first pregancy, mesti la i excited okay (sambil gosok perot).

First of all, I paksa roomate I pee-pee dulu. Just to makesure ade ke tak faint line tu. Keji betol siap main paksa-paksa, hahaha. So far memang takde langsung line, tak wujud pon yg roomate i pee pee. Most of the time I test, semua naik line samar-samar. Deep inside I yakin I pregnant. Nak pergi klinik sahkan pon, terlalu awal. I belum missed period lagi.

See? Bobo kencing -___-

28th September (Cycle period-27, day past ovulation -14)

Hari yang ditunggu dah tiba. I reserve yang digital untuk last day. Ni pon 1 hal jugak, nak tunggu sand clock kat digital panel calculate pon lama. 30 second je padahal. Nervous tau. I kept starring je. By the time digital panel show perkataan pregnant, I dah sujud syukur. Alhamdullilah. Rezeki dari Allah. Akan kami jaga sebaiknya. Roomate I terpaling happy. Dari awal kahwin asyik berzikir dekat telinga I nak baby awal, nak baby awal. Macam la pandai dukung budak . Hahahaha

Pregnant 2-3 . Based on pamphlet, my pregnancy around 4 weeks

Till then.
Nanti bole update progress baby plak
Bye chuolsss

Ini Belog Fara © 2014