Pages

NUFFNANG

Sembelit

Waaa, I know this post macam a bit selekeh. Ya faham tapi hadap la , I tetap nak cerita dekat sini jugak.
Well, I ade 1 masalah dimana dari sebelum kahwin lagi I memang susah gila nak buang air besar. I dunno la maybe sebab tak makan sayur walaupun dari kecik memang dah diberitahu tentang kebaikkan sayur,ade vitamin tu, ada fiber la bla bla bla tetap jugak taknak sayur. Dulu masa zaman kanak-kanak, memang tak boleh lari dari abah, kena paksa makan walaupun dah bagi sejuta alasan like "kakak nak muntah abah, tak boleh pi dah ni " , well, tetap tak boleh lari. Makan tetap makan.

Since masuk zaman matrix and u, kan jauh dari family, aktiviti tak makan sayur tu makin berleluasa. Apa I nak makan, I makan. Ape yang I taknak, I buang padahal I tau tu baik untuk body I. Now , akibat daripada aktiviti tak makan sayur tu, I menanggung masalah seperti tajuk diatas. I perhatikan je roommate I every morning ke toilet, dalam hati lawas betul la mamat ni. I nak jumpe toilet untuk buang air besar 3 hari pon payah ya amat. 

Bila dah jadi masalah macam ni, I go to farmasi. Masalah I settle bila I makan dulcolax. Dia punya kesan memang pergi I cakap U. Makan malam , and then besok pagi semua isi dalam perot kosong. I think, this one macam julap jugak. Ahhh bestnye feeling tu , bhahahaha.




Problem settle, tapi tu dulu , sigh -___-


Sebelum ni, kalau I nak ambil, I tak kisah sangat sebab I belum preggy. But now nak ambil ni, macam pikir dua tiga kali jugak. Bole ke tak? Ada effect kat baby tak kalau I asyik perlukan ni untuk buat I selalu pergi toilet? Bila I bincang dengan roommate I, memang I dah dilarang ketat . No more dulcolax. Sekarang ni terpaksa la weyh makan sayur, benci macam mana skalipon, I hadap telan jugak. Demi baby. 

A few tips la I googling untuk solve I punya problem, and I memang follow sebab nak avoid sembelit. Bos I mesti pelik, ape la perempuan ni buat pergi toilet lama-lama. Rupa-rupanya tengah berperang dengan poop sendiri -_____- . bahahha so lets check it out.



1. Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari.


Me: I memang kurang minum air before. Just minum air manis je, air kosong kurang sikit. So i overcome this problem, I set alarm. setiap jam, minum air masak. I dah setkan level air yang I patut minum dekat tumbler i. This tips memang sangat membantu. Poop jadi lembut sikit . Aiyaaa



2. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari.


Me : Buah-buahan takde masalah, I memang suka. Sayur so far yang I boleh telan hanya kangkung sebab kangkung murah. Muahahahaha. Tak tak, gurau je.



3.Pada sesetengah kes, Kopi boleh membantu. Ramai orang menganggap kopi membantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan menyebabkan pergerakan usus.


Me : Mommy tak boleh ambil minuman berkafein. Not good for baby. So tips ni I tak boleh follow



4.Minum yogurt 


Me : Wajib 1 botol setiap malam. I  suka Yogurt Blueberry 


So far, bila umur makin meningkat, kesedaran nak jaga kesihatan tu makin ada. Mampuslah kalau mama baca, selekeh punya post harini 


1 comment:

Jaja Zaleha said...

Betul sangat tips yang sis amalkan tu.. btw, sekarang ada masalah sembelit lagi tak? Harap semakin sihat ye!

Ini Belog Fara © 2014