Pages

NUFFNANG

homesick + fever

seingat aku, tahun ni saja dah brape kali aku demam... dunno why tapi badan ni keep rase tak sihat je.. maybe sebab kurang bersukan... dulu masa sekolah aku kan aktif, antibody memang kuat , payah betol nak sakit... makin tua jadi macam ni la... lenguh-lenguh la.. ape la..

time aku menaip ni memang tengah demam pon.. aku rase homesick sangat.. kalau dekat rumah boleh mengada sikit nak tu la, nak ni la.. dekat rumah sewa ni kau jangan nak mimpi laa.. takde sape nak layan... time sakit-sakit macam ni baru nak ingat family.. time tengah sakit kalau mintak ape semua dapat.. mama, i want u so badly rite now...

pain.. pain, go away, come again another day =(



p/s : mengidam.. sapa pergi bpmall tolong belikan 


random friday

semalam aku and dak batch aku pergi tengok fast 6.. seriously super duper best sangat walaupun ade certain part macam tak brape nak logik.. tambah-tambah part lompat across bridge and lane kapal terbang yang tak habis-habis... ade dekat setengah jam untuk action tuh je.. sedih laa gisele mati sebab nak tolong han.. ok, part tu dah nanges dah aku.. benci betol la jiwa cepat sentap jenis aiskrim ni...



btw, semalam ika tido sini sebab besok awal-awal pagi die dah nak balik taiping..ada kenduri katanya.. memang musim orang kahwin betol... how much i missed u mowling... harini takde geng nak pegi makan.. selalu hari-hari memang berjumpa.. aktiviti kitorang kalau tak makan, lepak library... kalau tak lepak library, makan.. memang muka kuat makan, sebab tu tang pipi dah kalah doraemon sebab bulat sangat....

 well, memandangkan isnin ade paper transmission, akitiviti hari ni pergi library lagi... orang mesti pelik asal kau tak study kat rumah? sebab rumah panas ya amat...aritu aku tengok kat facebook semua pakat mengadu apesal la panas sangat parit raja... rupanya bukan aku seorang je yang mengadu panas.. yang kelakar masa aku lepak dengan fazie, mila and ika after class, fazie boleh keluarkan statement ni

"cuaca makin panas, kite kena minum air masak banyak-banyak sebab manusia semakin pupus"


like seriously fazie??????


bhahahahahahahaha

ok la, got to go, library dah panggil plus perot berkeroncong lagu ntah pape dah ni.. till then peeps =)



lelaki itu

sebagai seorang perempuan, 1 je yang aku nak.. aku cuma nak lelaki yang boleh bimbing aku kearah kebaikkan.. sedar diri tak berapa sempurna, banyak cacat cela... kadang-kadang terpikir layak ke nak dapat pasangan yang terbaik sedangkan diri aku pon tak sesempurna mana? tapi siapa tahu kan? jodoh Allah yang tentukan, aku cuma berharap jodoh yang Allah tentukan mampu bimbing aku..

aku perlukan lelaki yang mampu aku respect.. kalau time couple pon bergaduh sampai boleh melawan cakap sampai tahap memaki, benda tu buat aku pikir banyak kali.. boleh ke nak dijadikan suami? apetah lagi jenis lelaki cepat naik tangan??? itu memang dayus! 

aku perlukan lelaki yang boleh tolak ansur, aku pon bukan keras hati sangat.. bak kata orang, perempuan ni macam kerak nasik, kalau kena air lama2 lembut jugak.. macam tu la aku nak describe hati aku.. aku bukan jenis tak boleh terima teguran.. kena dengan cara, aku akan follow jugak... kalau nak merubah aku kearah kebaikkan, terlalu bodoh untuk aku tolak... aku terima asalkan apa yang kau mintak kena dengan logik akal.. 

aku jenis perempuan, kalau dah sayang, tak guna kau nak cakap apa.. yang tu la yang aku kejar, yang tu la yang aku nampak... tapi sekali hati aku dah sakit, aku dah benci, pandang muka kau pon aku dah tak mampu... aku tak memilih rupa, tak mintak yang kacak sentiasa, yang kaya apetah lagi, cukup yang mampu terima aku seadanya, yang mampu bimbing aku.. yang boleh dengar setiap masalah aku.. bagi aku tak besar mana pon permintaan aku tu.. aku pon bukan jenis materialistik...kau tabur duit segunung skalipun, kalau hati dah tak sayang, tak guna jugak sebab aku memang takkan pandang... 



##dulu aku suka oreo, hari-hari aku makan oreo
    tapi makan oreo hari- hari pon tak bagus sebab manis
    memudaratkan orang cakap, lepas tu aku dah tak pernah makan or sentuh oreo lagi..
    if u got what i meant...till then...





tough week

hello guys.. sesak la dua tiga menjak ni.. serabut pon ade pikir pasal study.. dengan test nye, projek subjek, presentation subjek and final year projek, urgghhhhhh, bole admit wad giler dah aku rase... aku ni jenis tak boleh buat banyak keje dalam 1 masa sebab aku cepat gelabah+stress .. kadang-kadang tak tahu nak mula dari mana... senang crita aku memang tak boleh..

aku tengah menaip dari library, lusa ade test utilisation.. aku rase subjek ni paling susah untuk sem ni.. dari pagi lagi dah bertapa sambil tu siapkan proceeding paper... ni pon nak rehat kejap, sambil tu update belog.. kena la jugak luahkan ape yang ada dalam kepala hotak , sebab dah tak tahan sangat pikir semua benda nak kena siapkan..

actually aku tengah berangan nak extend 1 sem lagi sebab fyp aku macam tak sempat siap.. hardware kelaut.. aku present 30 hb, ade rezeki, sempat la siap, kalau tak memang jadi calon extendable la aku next sem..


ok la beb, aku dah tenang sikit.. so nak sambung study utilisation pulak.... adios =)
rabun aku dah mencanak naik sampai 200 now ni, mohon mama sponsor spec baru
Ini Belog Fara © 2014