Pages

NUFFNANG

lelaki itu

sebagai seorang perempuan, 1 je yang aku nak.. aku cuma nak lelaki yang boleh bimbing aku kearah kebaikkan.. sedar diri tak berapa sempurna, banyak cacat cela... kadang-kadang terpikir layak ke nak dapat pasangan yang terbaik sedangkan diri aku pon tak sesempurna mana? tapi siapa tahu kan? jodoh Allah yang tentukan, aku cuma berharap jodoh yang Allah tentukan mampu bimbing aku..

aku perlukan lelaki yang mampu aku respect.. kalau time couple pon bergaduh sampai boleh melawan cakap sampai tahap memaki, benda tu buat aku pikir banyak kali.. boleh ke nak dijadikan suami? apetah lagi jenis lelaki cepat naik tangan??? itu memang dayus! 

aku perlukan lelaki yang boleh tolak ansur, aku pon bukan keras hati sangat.. bak kata orang, perempuan ni macam kerak nasik, kalau kena air lama2 lembut jugak.. macam tu la aku nak describe hati aku.. aku bukan jenis tak boleh terima teguran.. kena dengan cara, aku akan follow jugak... kalau nak merubah aku kearah kebaikkan, terlalu bodoh untuk aku tolak... aku terima asalkan apa yang kau mintak kena dengan logik akal.. 

aku jenis perempuan, kalau dah sayang, tak guna kau nak cakap apa.. yang tu la yang aku kejar, yang tu la yang aku nampak... tapi sekali hati aku dah sakit, aku dah benci, pandang muka kau pon aku dah tak mampu... aku tak memilih rupa, tak mintak yang kacak sentiasa, yang kaya apetah lagi, cukup yang mampu terima aku seadanya, yang mampu bimbing aku.. yang boleh dengar setiap masalah aku.. bagi aku tak besar mana pon permintaan aku tu.. aku pon bukan jenis materialistik...kau tabur duit segunung skalipun, kalau hati dah tak sayang, tak guna jugak sebab aku memang takkan pandang... 



##dulu aku suka oreo, hari-hari aku makan oreo
    tapi makan oreo hari- hari pon tak bagus sebab manis
    memudaratkan orang cakap, lepas tu aku dah tak pernah makan or sentuh oreo lagi..
    if u got what i meant...till then...





1 comment:

Eka_Amin said...

Dah jumpak, jaga baik-baik. Jangan melawan. hehehe.

Ini Belog Fara © 2014